SABAR KUNCI KETENANGAN HATI



Segala Puji Bagi Allah yang memberikan perasaan ketenangan di dalam jiwa orang-orang beriman”…

Untuk kesekian kali, perasaan marah di hati tidak berjaya dibendung.

Bukan selalu perasaan ini timbul, tapi entah mengapa, apabila orang yang kita rasa dekat dikasari dan hampir dilukai, perasaan marah ini tidak berjaya dibendung.

Bukan sebab apa, hanya di atas dasar sebuah permainan dan perlawanan.

Aduh, sungguh masih tidak berjaya mengawal perasaan di jiwa.

Sungguh huduh wajah ketika marah.

Alangkah indah manusia yang sentiasa diberikan ketenangan di jiwa.

Apabila nikmat disyukuri , ujian disyukuri , susah senang sentiasa tenang.

Nikmat diberi, ucapan terima kasih tanda syukur kerana rezeki itu diberikan kepada kita. Syukur kerana dilapangkan keperluan.

Tika ujian diterima, ucapan syukur juga dihadapkan kerana menjadi insan terpilih dari ramai-ramai manusia untuk ujian ”kenaikan pangkat” di sisi Allah.

Bersyukur kerana dirinya masih menjadi perhatian Tuhan.

Allah sayangkan kita, dia menguji kita dahulu apakah kita layak menerima hadiah itu ataupun tidak.

Bersangka baik pada Allah, tidak perlukan banyak modal.

Hanya membersihkan hati dari segala prasangka.

Itulah modal membina ketenangan di jiwa.

Melihat kehidupan dari sudut kaca pandangan Tuhan pada dunia ini, pasti kita akan mudah beroleh ketenangan jiwa.

Dengan Allah kita berbaik sangka, dengan manusia kita berlaku baik.

Hidup ini hanya sementara, tetapi amalan akan boleh terus berkekalan sampai kepada kita walau hidup di dunia sudah berakhir.

Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam, walau sudah 1400 tahun meninggalkan kita, tapi namanya terus disebut, jasanya terasa sehingga kini.

0 comments: