Cara Memilih Sahabat.
Cara Memilih Kawan yang Baik dan Memahami
Memilih dlm Pemilihan Kawan!
Ciri2 Teman Sejati
Bagaimana Mencari Sahabat Sejati?
Perlukah Mempunyai Kawan Rapat?
Memilih Rupa dalam Persahabatan
Bantu Hilangkan Rasa kecewa & Bina Rasa Percaya Pada Orang
Kawan yang Mengongkong
Adab Semasa Bersahabat/Menasihati Sahabat.
Sahabat (Kawan Baik) : Pemilihan Sahabat dan Hak2 Persahabatan
Mencurigai Seseorang : Bagaimana Cara Atasinya?
Bagaimana Bantu Rakan yg Rosak Aqidah?
Cara Nasihat Kawan Yang Buat Maksiat
Cemburu dan Dengki Dalam Persahabatan
Menasihati Rakan Memelihara Aurat: Bagaimana Caranya?
Bagaimana Menasihati Sahabat Yg Telah Menghampiri Zina?
Bagaimana Menasihati Kawan Yg Terlalu Bebas Pergaulannya?
Kawan2 Tidak Menerima Teguran/Nasihat
Kawan Lelaki Buta kerana Cinta: Bagaimana Menasihatinya?
Cara Mendamaikan Dua Rakan Yang Bergaduh
Tertekan Kerana Kawan.
Tertekan Kerana Kawan
Kawan Yang Tidak Memberi Komitmen Dalam Tugasan
Kawan yang Anggap Dirinya Sempurna
Jaga Hati atau Makan Hati?
Sedih Kerana Sikap Sahabat
Perlukah Abaikan Shj Apa Yg Org Kata?
Aku Sepi : Kawan Baik Menjauh...
Diri Sendiri & Ibadah Dinilai Orang Lain?
Resah Apabila Kawan Tidak Bersama
Memendam Perasaan
Kawan terlalu Bergantung kepada Kita
Terlalu Boros dan Suka Bergantung kpd Orang Lain
Sebumbung tapi tidak Sefahaman: Bagaimana Atasinya?
Kawan Bermasalah: Nak Pindah Ke?
Rasa Terikat dgn Kawan yang Baik Hati
Tertekan Dengan Rakan Sekelas
Kawan Cuba Menyebarkan Fahamannya yang Bertentangan dengan Islam.
Kawan Tidak Memaafkan Kesalahan: Apa yang patut dilakukan?
Kawan Makan Kawan.
Kawan Makan Kawan
Perasaan Anda Bila Dikhianati Teman?
Abang dikatakan Teman Lelaki
Didendami oleh Sahabat: Berdosakah Kita?
Kawan Pura-pura Alim
Sahabat Sejati: Datang Dan Pergi
Tidak Bertegur: Siapa yg Ego?
Kawan Merana kerana Kawan
Kawan Menyebarkan Gambar2 Lama
Dipinggirkan: Apa Patut Saya Lakukan?
Dipaksa Meninggalkan Persahabatan : Bagaimana Menghadapinya?
Kawan yang Suka Memfitnah
Kawan Tidak Menghargai.
Kawan dan Erti Menghargai
Kawan Tidak Menghargai Kita
Bagaimana Menghadapi Teman Yang Cakap Lepas?
Kawan baik tak bertegur sapa
Kawan Tidak Beradab & Tidak Menghormati Kita
Kawan tidak Mendengar Masalah Kita
Kawan yang Suka Perli
Kawan Hipokrit.
Kawan: Ikhlas Berkawan @ Nak Mengunakan Kita?
Kawan Suka Merajuk.
Kuat Merajuk: Apa Pandangan Anda?
Kawan yang Mengongkong
Persahabatan Antara Lelaki dan Perempuan.
lelaki dan perempuan: bolehkah menjadi kawan baik?
Ukhuwah: lelaki dan perempuan adakah wujud?
Kawan lelaki tidak bertegur sapa
Aku Suka Kaum Sejenis
Jaga Hati: Elak Perasaan Suka Pada Seseorang
Gadis Yg Menjadi Perhatian Lelaki: Siapa Yg Bersalah?
Mesej Islamik Dengan Tujuan Untuk Memikat
Orang Yang Dibenci Bakal Jadi Pasangan Kita
Susahnya Nak Cari Muslimat Kuat Agama
Kawan Suka dgn Sejantina
Kawan: Pelbagai Masalah.
Orang yang Pendiam Tidak Ramai Kawan?
Rakan- Rakan Yang Sosial: Sertai Atau Tidak?
Bagaimana Berdepan dgn Housemate yg 'Besar Kepala'?
Kawan Suka Bercerita Mengenai Lelaki
Kawan Bertiga @ Hidup Seorang?
Terpengaruh Dengan Rakan dan Persekitaran: Apa yg Harus Dilakukan?
Kawan Terpengaruh dgn Bahan2 Lucah
Dilema antara Ibubapa atau Kawan
Kawan yg Suka Meniru: Apa Nak Buat?
Mudah Benci dan Bosan dgn Org Tanpa Sebab
Cara Membiasakan Diri dengan Kawan Berlainan 'Attitude'
Kompilasi Sahabat/Kawan.
perasaan cepat terase (kecil hati)
Adakah Anda seorang yang sangat sensitif, cepat terasa, cepat marah-marah, cepat merajuk?
Itu tandanya Anda seorang yang berkecil hati, seprang yang perasa. Sesiapa jua ada sikap ni, namun cara mengawalnya berlainan bagi setiap orang.
Ada yang tahan, ada yang tak tahan. cabarannya adalah, bagaimana nak membuat orang yang tak tahan ni supaya tahan.
Biasanya, rasa kecil hati timbul bila Anda disindir, dimaki, dimarah, disergah atau ditegur dengan suara tinggi. Bagaimana cara mengatasi sikap suka berkecil hati?
Ingatkan diri.
Perlu beritahu diri Anda sendiri supaya berfikir positif selalu. Bila Anda layan rasa kecil hati lama-lama di fikiran, itu maknanya Anda dah dirasuk emosi-emosi negatif. Ketika itu berbagai emosi negatif timbul. Paling senang, marah. Kesan? Bergaduh.
Serap teguran.
Jika Anda ditegur, dimarah atau disindir, itu maknanya ada sikap atau perbuatan Anda tak disukai walaupun Anda rasa selesa dengan sikap sekarang ini. Kena kaji suasana, kena ubah ikut kesesuaian di mana Anda berada. Tandanya, akhlak masih ada yang belum OK.
Niat.
Ketika Anda ada bersama orang lain yang tak pernah Anda jumpa atau yang Anda tak berapa senang, letak niat di hati Anda mahu berbaik dengan orang tu.
Sebab, apa yang ada di hati, akan segera ditangkap oleh minda. Lalu, minda menerbitkan gelombang tenaga yang akan bergetar lalu meresap masuk ke minda orang lain di sekeliling Anda. Proses ini berlaku sekelip mata, bahkan sepanjang masa, selagi Anda masih bernafas.
Bila dah masuk, serta merta ia akan ditafsir lalu turun ke hati mereka pula. Hati mempengaruhi sikap. Sikap melambangkan hati. Inilah penerangan tentang kuasa niat dan bagaimana ia berfungsi.
Bila niat baik, maka baiklah kita dengan orang tu. Mudah dia senang dengan kita, jadi kurang dia nak menyindir, marah-marah atau yang menyebabkan kita kecil hati. Mencegah lebih baik dari mengubat.
Maafkan, lupakan, teruskan.
Jika Anda rasa kecil hati, marah atau geram, usah di simpan lama-lama.
Maafkan saja. Lepas tu, lupakan. Kemudian, terus memajukan diri dalam pelajaran, kerjaya, keluarga, perniagaan. Sebab, suka layan rasa kecil hati hanya perbuatan membuang masa.
Kiamat pasti tiba ! Saintis Angkasa juga mengakuinya !
Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?
RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.
Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.
Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' sudah ditayangkan di pawagam. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.
Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.
Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.
Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.
Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.
Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.
Hentaman objek
"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.
"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.
"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.
Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.
"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.
"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.
Perlanggaran galaksi
Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.
"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.
Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.
Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.
"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.
Fenomena alam berangkai
Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.
"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.
Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.
"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.
Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.
"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.
Terma Kosmofobia
Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.
"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.
"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.
p/s- mmg da sgt2 hampir..sama 2 kita beringat wallahua'lam. jangan Takut MATI tapi INGAT MATI!!
jadual exam for smm 09
selasa - solid 2 - dsi - 2.30 ptg 21.4.09
jumaat - termo 2 - p19 - 3 ptg 24.4.09
ahad - elektronik - msi - 9 pg 26.4.09
khamis - statistik - msi - 9 pg 30.4.09
isnin - vibration - dsi - 9pg 4.5.09
gud luk 2 u all guys