Cara Cuci Kencing Dengan Betul

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jangan kencing berdiri!

Jangan kencing berdiri!

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

  1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
  2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
  3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;

  1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
  2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.

Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”

Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.

Wassalam
Dr. Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam

P/S- Sila sebarkan perkara ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. TQ

Bersyukur Dengan ape yang Ade

Mungkin ada yang ragu-ragu dengan kesahihan cerita ini. Namun, ikutilah kisah ini dan kisah yang diceritakan ini bukanlah kisah dongeng yang direka-reka.

Hakikatnya masih ramai lagi orang diluar sana yang susah, miskin dan hidup melarat. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kalau pun mungkin tiada orang susah macam ini di Malaysia ini, namun, yang pasti bahawa, kisah sebegini sangat banyak terjadi di negara-negara lain seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain negara miskin.

Jadi, melalui kisah yang ingin dikongsikan ini, marilah kita BERSYUKUR BANYAK2 PADA ALLAH atas segala nikmat dan kurniaanNYA pada kita selama ini. Kita di Malaysia ini, hidup aman damai penuh dengan segala kenikmatan dan kemewahan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah...

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah...

Mungkin ada ramai diantara kita yang befikir bahawa hidup mereka susah, namun percayalah bahawa, sesusah mana pun hidup kita, tapi kita masih OK lagi sebenarnya. Masih ramai lagi orang diluar sana yang jauh lebih susah dan miskin dari kita.

Jadi, BERSYUKUR lah. BERSYUKUR lah. Dan BERSYUKUR lah banyak2 pada Allah. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberikan kebahagian hidup kepada kita atas dunia yang sementara ini, lebih2 lagi kehidupan di akhirat nanti insyaAllah.

Bacalah kisah yang menyentuh emosi ini…

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini adalah dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Begini ceritanya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya


“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

  1. Solat sunat
  2. Berpuasa sunat
  3. Memperbanyakkan zikir
  4. Selalu bersedekah
  5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
  6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
  7. Membantu orang2 yang susah dan miskin

Sekian, semoga ada manfaat.

Hidupku Ibarat Lilin..



Aku cuma sebatang lilin
Yang menerangi suasana kelam
Pabila sumbunya dinyalakan..

Ya.. Cahaya aku tidak setanding cahaya si lampu neon yang bergemerlapan
Namun inilah pengorbananku
Menerangi sekeliling dengan diriku ini terbakar
Tanpa ada siapa yang ambil peduli, mahupun sedar
Kerana bagi mereka, pengorbananku ini tidaklah seberapa..

Tatkala cahaya dari tubuhku yang terbakar ini galak menyala
Aku cair sedikit demi sedikit…
Ingin aku bersuara, tapi aku tiada daya
Hanya mampu membisu seribu bahasa
Sedangkan mereka di sekeliling
Tidak pernah mempedulikan apa yang aku rasa
Api yang marak menyala
Kepanasannya mencairkan aku sedikit demi sedikit
Tidak berdayaku merintih, meskipun terasa pedih

Setelah cahayaku lemah dan tidak bermaya
Setelah cahayaku tidak mampu menerangi kelam dunia mereka
Setelah aku menjadi sisa
Mereka ambil sebatang lagi lilin yang lain
lalu dinyalakannnya…
bersama senyum terukir di bibir mereka berkata
"Oh.. dah terang semula.."

Lalu aku tertanya sendiri
Berbaloikah pengorbananku ini
Demi kesenangan insan lain
Sanggup membakar diri sendiri
Cair di dalam kekecewaan yang meragut tangkai hati
Sedangkan nasibku tiada siapa yang peduli?