KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK



Seorang proffesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Wallahhualam.


KEAJAIBAN DARI YANG MAHA ESA

Tiba pula masanya untuk aku menulis hasil nukilan kusendiri. Di sini aku mahu berkongsi satu cerita tentang satu keajaiban dari yang maha Esa telah berlaku di hadapan mataku sendiri bersama seorang sahabat baikku, roy (bukan nama sebenar). Kejadian ini berlaku lebih kurang 2 minggu yang lepas dan seterusnya lebih banyak memberikan kesedaran kepadaku bahawa Allah itu maha adil dan Allah itu tidak akan berlaku zalim kepada hambanya sendiri walau sekecil manapun masalah yang kita hadapi. Hendak dimulakan cerita, aku bergerak ke jb untuk pergi ke rumah sahabatku untuk bermalam di sana sebelum meneruskan agenda kami pada keesokan harinya untuk menghadiri satu majlis perkawinan kakak kepada kawan baik kami juga di Batu Pahat. Kami telah merancang agenda ini sebelum cuti sem lagi dan aku memangg suka untuk merancang sesuatu lebih awal dan tidak suka merancang pada last2 minit kerana takut ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran plak’.Peh pndai pulak aku ni bermadah-madah. Biasa la belajar daripada Karam Singh Walia.

Aku sampai di jb lebih kurang jam 4 petang dan pada malamnya seperti biasa Roy akan membuka stokis burgernya dan dia juga mengajakku untuk pergi ke sana. Masa berlalu, masyaallah rezeki datang melimpah ruah dan stok burger juga telah habis pada pukul 11.30, Alhamdulillah aku bersyukur padamu kerana telah memberikan rezeki kepada sahabat baikku ini. Tidak seperti sebelum2 ini, jarang stok burger untuk habis dijual sebelum pukul 12 tengah malam. Selesai sahaja bisnes, roy dan aku terus pulang ke rumah untuk berehat dan sebelum tidur banyak perkara yang telah kami bincangkan terutamanya hal2 bisnes,masalah kawan2 dan sebagainya. Akhirnya mata ini telah terlelap pada pukul 4 pg.

Seperti yang dirancangkan, pada keesokannya kami bercadang untuk bergerak ke Batu Pahat lebih kurang jam 12 tengah hari. Sebelum itu, ak bersama Roy telah pergi ke rumah kakak roy di Bukit Indah untuk mengambil kereta untuk pergi ke kenduri nnt. Alhamdulillah kakak Roy telah berbaik hati untuk memberikan kebenaran untuk Roy meminjam kereta tersebut. Tanpa berlengah, kami terus bergerak ke taman u untuk mengambil 2 org lg sahabat Roy yg sedang menunggu di sana. Semasa dalam perjalanan, Roy sempat juga menunjukkan jalan untuk pergi ke Jusco Bukit Indah, yang mane selama ini rmai member2 ku telah bertanyakan mcm mane nk pergi ke sana. Thanx a lot Roy sbb dh tunjukkan jlan. Kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dan smpai di sana lebih kurang pukul 1.30 ptg. Kami telah disambut oleh Man (bukan nama sebenar) yg juga sahabat baik kami di perkarangan rumahnya. Setelah selesai makan2, kami pn berangkat untuk pulang lbh kurang jam 4 ptg.

Setibanya kami di pekan Rengit, roy telah mengajak kami untuk singgah sebentar di Kuala Rengit untuk melihat barang2 terpakai (second hand). Masyaallah, trkejut beruk dibuat nya aku melihatkan deretan2 kdai barang trpkai yg ade di sana. Kalo mengikut pandangan mata kasar, ada lbih kurang 40 buah kedai yg terdapat di sana. Roy meletakkan kereta di penghujung jalan untuk memudahkan kami meninjau setiap kdai2 yg terdapat di sana. Apabila menghampiri kdai yg terakhir, roy menyuruh seorang membernye utk pergi mengambil kereta semula untuk dibawa ke jalan utama. Semasa Roy menyerahkan kunci kepada membernye, hatiku diulik rasa yg tidak menyenangkan @ tak sedap hati dek terpikir tkut ape2 yg akan berlaku pada kereta akak Roy kerana jalan di situ begitu sempit di samping membernye yg jarang membawa kereta di jalan seperti di tempat itu. Tapi aku just pkir positif dan berdoa supaya tiada ape2 yg akn berlaku. Aku dan roy meneruskan tinjauan kami ke setiap kdai sambil menunggu kereta yg dibawa oleh membernye utk smpai di jalan utama. Selepas beberapa ketika, aku ternampak kereta Roy menyusur perlahan-lahan membelah kesibukan orng rmai yg berjalan-jalan di bahu jlan. Ak memberitahu roy yg keretanya tlah smpai dan tiba-tiba aku ternampak org rmai berkumpul di tepi sebuah kereta VIVA baru btul2 di depan kdai yg kami kunjungi dan aku dan roy just ingt tu mybe jam sbb jlan kt situ memang smpit dan tambah lg ari tu adalah hari minggu tanpa memikirkan sesuatu yg buruk akn berlaku terhadap kami terutamanya Roy. Atas sebab ingin mengetahui ape yg berlaku ditambah lg dgn kehadiran member roy yg seorng td di tepi kereta tersebut, hati ini membuak-buak ingin cpat2 pergi ke tmpat kejadian. Ak mengajak roy untuk melihat ape yg berlaku. Setibanya di situ, setelah mendengar semua cerita, perasaan yg tdak menyenangkan sbentar td mnjadi kenyataan apabila belakang kereta yg dipandu oleh member roy telah bergesel dgn kereta VIVA tersebut dan impaknya kereta tersebut telah bercalar dan kereta Roy juga telah kemik. Selepas berbincang, saudagar VIVA tersebut hanya meminta RM100 dek mungkin sedar degan kesalahanya sendiri kerana meletakkan keretanya di tmpat yg salah. Roy menghulurkan duit tersebut dan meminta maaf atas kejadian yg telah berlaku sebentar td. Pada masa itu, aku telah terpikir mungkin inilah hikmahnya atas segala rezeki yg telah dikurniakan oleh Allah kepada roy pada malam td yg membuatkan perniagaan burgernya begitu laris pada mlm td. Duit2 hasil burgernye malam td telah digunakan untuk menyelesaikan masalah sebentar td dan Alhamdulillah Allah telah memudahkan segala urusan kami semua. Pada masa yg sama ak juga memikirkan keadaan roy dan kasihankannya kerana kereta tersebut adalah bukan miliknya tetapi kakaknya sendiri. Tetapi aku melihat Roy tenang sahaja menghadapi dugaan ini, seperti tidak ada ape2 yg berlaku. Tidak seperti sesetengah orang, tanpa memikir pnjang trus melenting sedangkan kita dikurniakan akal yang waras ini oleh Allah untuk berpikir dan cuba selesaikan masalah dengan sebaik mungkin tanpa ada sebarang pertelingkahan dan pergaduhan kerana di samping kita perlu menjaga hubungan dengan Allah, kita juga perlu menjaga hubungan baik sesame manusia. Sifat inilah yang membuatkan mata dan mindaku lebih terbuka untuk bersahabat dengan Roy hatta sifat ini jugalah yang membuatkan aku lebih hormat @ respect kepadanya kerana bukan mudah untuk melihat orang yg mudah menerima sesuatu dugaan itu dengan tenang lebih2 lg dia perlu menjaga hati semua pihak terutamanya kakaknya. ‘Wa selut sama lu roy’. Selepas selesai masalah td, kami meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke tman u. Kulihat wajah roy masih tenang dan cool dan boleh tersenyum lg semasa memandu pulang.

Setibanya di jb, roy telah singgah sebentar di Taman Pulai Indah dan taman u untuk menghantar pulang membernya pulang ke rumah masing-masing. Setelah itu, ak meminta roy utk menghantar ak sebentar ke masjid tmn u kerana ak blm lg menunaikan solat zohor dan asar. Roy bersetuju dan dia memberitahu kepadaku yg dia juga mahu ke sana utk menunaikan solat asar. Setibanya di perkarangan masjid, kami berdua keluar dari kereta untuk meninjau dan melihat kesan kemek pada tepi kereta tersebut sebentar. Selepas itu, aku dan roy terus pergi mengambil wuduk dan bersembahyang di dalam masjid tersebut.. Perasaan risau ini masih membelenggu diri yang kerdil ini dek kerana memikirkan kejadian yang berlaku pada roy dan pekerjaan tetap yang dilakukan kepada Yang Maha Esa masih belum dilaksanakan. Disebabkan ak adalah musafir, ak trus membuat jamak ta’akhir dan pada waktu itu jam menunjukan pukul 6.30 ptg. Selang beberapa minit, Alhamdulillah berjaya juga aku menunaikan kewajipan ini kepadamu ya Allah. Selepas berdoa, kulihat sekeliling kawasan di dalam masjid dan pada masa yang sama kurasa lahir satu perasaan yang tenang dan seperti tiada apa2 yang terjadi kepadaku. Syukur kupanjatkan kepadamu kerana memberikan ketenangan dan kemudahan kepadaku untuk menempuh ujian dan dugaanmu yang telah kau berikan kepada kami semua. Kemudian, aku bingkas bangun dan terus terlihat roy berdoa kepada yang maha esa dengan perasaan yang naïf dan merendah diri dan dalam hatiku, aku sudah dapat mengagak apa yang telah dipinta oleh roy kepada yang maha esa. Terasa insaf di dalam diri ini bila melihat kejadian tersebut dan kupinta juga semoga sahabat baikku itu diberikan kemudahan dan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang menimpa kepada dirinya. Selepas itu, kami berdua keluar dari masjid untuk menuju ke kereta semula. Sampai sahaja di sana, kami meninjau semula pada kawasan yang kemek pada kereta tersebut dan aku telah bertanya kepada roy, “Roy, macam mana nak buat ni?”. Dengan perasaan yang tenang, roy memberitahu kepadaku, “ala calar-calar tu kalau polish boleh hilang punya, tapi kemek tu ak risau sikit la, nampak gaya kena ketuk la”. Aku bertanya semula, “sempat ke ko nak buat malam ni, kan malam ni ko nak hantar balik kereta ni kat kakak ko”. Roy menjawab, “tu la aku fikir jugak benda tu, dah la hari ni hari minggu, tak pe la mir kita hantar lewat sikit la malam ni”. Apabila roy sudah memberitahu perkara seperti itu, aku ikut sahaja la dan padaku mana yang baik pada roy baik la padaku. Selepas habis berbincang, kami terus beransur pulang ke rumah untuk berehat dan membersihkan diri sebelum meneruskan agenda pada malam harinya. Kebetulan, si roy juga tiada ‘mood’ untuk membuka stokis burgernya pada malam hari tersebut dek mungkin masih memikirkan hal yang berlaku kepadanya ditambah dengan kepenatan yang masih dirasa.

Sampai sahaja di rumah, kami berehat-rehat sebentar untuk menghilangkan segala kepenatan yang terasa. Selepas itu kami bersiap-siap untuk mandi dan menunaikan kewajipan kepada yang maha esa. Selesai sahaja sembahyang, aku baring sebentar di atas tilam sambil membaca mastika yang kubeli semasa di Segamat. Roy juga turut serta baring di tilam di sebelahku untuk berehat sebentar. Masa berlalu, kulihat Roy sedang lena diulik mimpi dek kepenatan memandu kereta pada siang hari. Mataku juga terasa berat lalu aku juga tewas dengan godaan syaitan dan tidur sebentar untuk melepaskan perasaan penat ini dan pada itu jam menunjukkan jam 8.30 malam. Sesekali aku terbangun dan melihat roy still tidur dengan lenanya sambil memikirkan bila si roy ni mahu membetulkan kereta kakaknya kerana dia bercadang ingin membetulkannya pada malam ini. Aku malas mengejut si Roy kerana kasihankan dirinya yang masih kepenatan lalu aku terus sambung tidurku. Lebih kurang pukul 9.15 malam, aku terbangun dan aku melihat roy juga terbangun sambil menggeliat. Pada masa itu, aku berfikir mungkin roy hendak bersiap-siap untuk meneruskan agenda yang dicadangkan pada sebelah petang tadi tetapi sangkaanku meleset sama sekali kerana roy tetap meneruskan tidurnya. Selepas 15 minit berlalu, barulah roy bangun dan dengan bingkasnya terus mengajakku untuk terus bersiap.

Lebih kurang jam 9.45 malam, kami bergerak meninggalkan perkarangan rumah dan dalam beberapa minit selepas meninggalkan rumah, tiba2 henset si roy berbunyi memecah bunyi radio yang dipasang. Dan pada masa itulah satu keajaiban dari yang maha esa berlaku, dengan tidak semena-mena, kakak roy telah menelefonnya dan memberitahunya supaya memulangkan kereta tersebut pada keesokan hari sahaja kerana abang iparnya tidak bekerja pada hari esok. Dan pada waktu itulah, kulihat wajah si roy gembira habis kerana bebanan yang ditanggungnya semakin berkurang dan selepas meletakkan telefon, dia terjerit-jerit kegembiraan kerana tidak perlu pulangkan kereta pada malam tersebut. Pada masa itulah, kami memanjatkan kesyukuran kerana merasakan bebanan yang ditanggung semakin berkurang lantas memikirkan terlalu banyak hikmah dan kemudahan yang telah diberikan oleh Allah kepada kami semua terutamanya kepada si roy. Padaku, Allah telah mendengar segala rintihan dan bisikan hati si Roy untuk memudahkan segala bebanan yang ditanggung olehnya. Selain itu, antara hikmah yang kami dapat simpulkan di sini adalah mengapa kakak si roy tidak memberitahunya awal2 lagi yang abang iparnya tidak bekerja pada keesokan harinya dan yang paling jelas ialah si roy tidak jadi untuk bangun pada pukul 9.15 malam sedangkan dia telah tersedar pada waktu itu sebaliknya dia bangun pada pukul 9.30 malam dan selepas beberapa minit barulah kakaknya menelefon supaya memulangkan kereta pada keesokaan harinya. Mungkin Allah mahu menolongya dengan melambatkan waktu untuk si roy bangun dari tidur. Dan daripada kejadian2 itulah yang membuatkan kami berfikir sejenak yang bahawasanya ALLAH ITU MAHA ADIL DAN ALLAH ITU TIDAK AKAN BERLAKU ZALIM KEPADA HAMBANYA SENDIRI WALAU SEKECIL MANAPUN MASALAH YANG KITA HADAPI DAN DENGAN SYARAT KITA PERLU BERDOA DAN BERUSAHA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH TERSEBUT. Kesedaran dan keinsafan mula timbul dek kerana kejadian tersebut berlaku dihadapan mataku dan terjadi pada diriku sendiri. Terima kasih kupanjatkan doa padamu kerana telah mendengar segala rintihan dari hambamu ini yang masih kerdil dirinya padamu dan telah memberikan segala kemudahan untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh kami semua. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan pergi berjalan-jalan ke bandar untuk melepaskan segala penat lelah dan masalah yang telah kami lalui. Sekian dariku dan akhir kata kepada roy, terima kasih banyak2 kerana telah banyak mengajarku tentang selok-belok kehidupan ini. Rasa beruntung di dalam diri ini apabila Allah menemukan sahabat seperti roy dan bukan mudah untuk mencari seorang sahabat yang betul2 boleh menerima sikap kita seadanya.

Kisah Raja Zalim dan Raja Adil

RasuluLLAH pernah menceritakan suatu kisah.

Pada zaman sebelum kalian, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasai kezaliman yang dilakukannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang Rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa ketika ini bukanlah musim ikan itu muncul kepermukaan namun dipaksanya juga semua orang untuk mencari ikan tersebut. Aneh dan ajaib…. walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemui . Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Pada lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal dengan keadilan dan kebijakasanaannya. Ia sangat disayangi oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang adil dan bijaksana itu jatuh sakit. Kesimpulan para tabib itu sama dengan tabib raja zalim tadinya, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Mereka sangat yakin raja kesayangan mereka akan segera pulih kembali.

Akan tetapi, lain pula yang terjadi. Ikan yang sepatutnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun kelihatan..! Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para penyelamnya, namun ikan itu tidak ditemui. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat…

Dikisahkan pula bahawa para malaikat pun hairan dengan dua kejadian tersebut. Akhirnya mereka menghadap ALLAH dan bertanya, “Ya Tuhan kami, apakah sebabnya Engkau menghantar ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat;

manakala pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?”

Tuhan pun berfirman, “Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku nanti, tidak ada lagi apa-apa kebaikan sedikitpun (yang belum mendapat ganjaran) yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan dia pada neraka yang paling bawah !

Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya , kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!”

Kita dapat mengambil beberapa pengajaran dari kisah ini.

Pertama:
Ada kesalahan yang hukumannya ditunaikan secara langsung oleh ALLAH di dunia ini juga; sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak menjadi hutang kepada-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Kedua:
Apabila kita tidak pernah ditimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan ALLAH sedang ‘menghabiskan’ tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrawi.

Ketiga:
Musibah yang menimpa seseorang belum tentu disebabkan orang itu telah membuat kesilapan. Keyakinan ini akan mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk kepadanya , bahkan membuatkan kita ingin membantu meringankan penderitaannya.

Keempat:
Raja yang baik itu pernah membuat kesalahan kepada ALLAH, maka ALLAH melaksanakan urusan-Nya untuk mengampuni Raja itu. Akan tetapi, Raja yang zalim itu, adalah menzalimi rakyatnya. Maka dosanya tidak diampunkan ALLAH, melainkan setiap rakyatnya memaafkannya.

Kelima:
Siapa yang tahu maksud ALLAH? ALLAH Maha Bijaksana dalam setiap urusan-Nya.

ADIL DAN ZALIM

Fenomena dalam masyarakat

Manusia mempunyai dua sifat semulajadi iaitu zalim dan adil. Kedua-dua sifat ini menyebabkan mereka sesat dan tidak melaksanakan amanah Allah Taala. Akibatnya mereka hidup dalam keadaan kufur dan tidak aman. Untuk menyelamatkan mereka daripada keadaan tersebut Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui memberi hidayah dengan menurunkan Al-Quran dan mengutuskan Rasul supaya mereka dapat berlaku adil dan mempunyai ilmu untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Ayat Al-Quran berikut merakamkan kenyataan di atas:
(Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya:
Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan

(Surah Al-Baqarah ayat 213) Ertinya:
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisih), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci yang tersebut itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, ( Mereka berselisih ) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinnya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang betul dan lurus (mengikut undang-undang peraturannya).

PENGERTIAN ADIL

Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang adil:
1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.
3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.

Daripada ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan bahawa keadilan itu:
1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain).
2. Menghapuskan kezaliman.
3. Melaksanakan hukum dengan saksama.
4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.

ADIL KEPADA DIRI SENDIRI

Menurut Islam keadilan dan kezaliman boleh berlaku pada diri sendiri dan pada orang lain. Asas keadilan pada diri sendiri ialah iman, amal Soleh dan akhlak mulia dan asas kezaliman pada diri sendiri ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina. Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan rohani dan jasmani. Sebab itu orang Islam di larang daripada membiarkan diri teraniaya.
Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:
Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan ) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah ( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.

Lebih utama lagi, bagi menegakkan keadilan pada diri sendiri seseorang itu hendaklah berani mengakui kesalahan dirinya sendiri dan bersedia menerima akibat daripada kesalahan tersebut. Keadilan pada diri sendiri itu dapat dipelihara apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang yang benar (hak) dan yang salah (batil), tentang yang baik dan yang buruk, tentang yang berguna dan sia-sia. Orang yang beriman dan menyedari akan hakikat diri dan amalannya akan sentiasa berdoa kepada Allah Taala seperi doa Nabi Adam Alahissalam.

( Surah Al Araf Ayat 23 ) Ertinya:
Mereka berdua merayu : øWahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.Ó

Sabda Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya:
Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu.

Orang yang tidak beriman dan orang yang melakukan maksiat sebenarnya orang yang zalim kepada diri sendiri kerana mereka tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala di dunia dan di akhirat disebabkan mereka tidak mahu menyahut seruan Islam dan tidak patuh kepada hukum yang ditentukan oleh Allah Taala.

ADIL KEPADA ORANG LAIN

Keadilan kepada orang lain berasaskan penyempurnaan hak mereka dan melaksanakan hukum secara saksama antara mereka, membela orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah. Ini berdasarkan ayat Al-Quran:

(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Asas bagi melaksanakan keadilan kepada orang lain ialah:
1. Iman dan takwa kepada Allah.
2. Amanah, bertanggungjawab dan Ihsan.
3. Ilmu dan kebenaran bersumberkan Al-Quran, hadis, Ijmak dan qias.
4. berpandukan kaedah atau prosedur melaksanakan hukum atau undang-undang.

Tanpa berpegang pada asas (prinsip) yang tersebut manusia boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau kebendaan sehigga mereka sanggup melakukan kezaliman dlam pelaksanaan keadilan iaitu:
1. Orang yang lemah tidak mendapat haknya dan orang yang kuat merampas hak orang yang lemah.
2. Orang yang bersalah bebas daripada hukuman dan orang yang tidak bersalah teraniaya.
3. hukum tidak berlandaskan kebenaran dan keadilan, tetapi berlandaskan kekuasaan dan kepentingan tertentu.

SIFAT ORANG YANG ADIL.

Antara sifat-sifat orang (hakim) yang dapat berlaku adil.
1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.
2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu Aqliah.
3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.
5. Berperibadi mulia iaitu:
i- tidak mementingkan diri sendiri
ii- berperikemanusiaan dan belas Ihsan.
iii- Bijak dan tegas
iv- Berani menghadapi risiko.

Sabda Rasullalahi Sallallahu Alaihi Wassalam Yang bermaksud :
(hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka dan satu daripadanya masuk ke Syurga. Lelaki (hakim) yang tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki (hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya,maka ia masuk ke Neraka.

GEMPA BUMI DI PADANG DAN KAITANNYA DENGAN AL-QURAN

Astaghfirullah al-`Azim. Akuilah Allah Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Adil dan, Maha Berhak atas apa yang Dia kehendaki.

Waktu kejadian gempa bumi di Padang ialah September 30, 2009 jam 17:16 - 17:17
(bukti waktu di http://en.wikipedia.org/wiki/2009_Sumatra_earthquakes dan http://www.thejakartapost.com/news/2009/09/30/magnitude-76-shakes-w-sumatra.html)

Gempa bumi susulan di Padang berlaku pada 42 minit selepas yang pertama iaitu September 30, 2009 jam 17:58

Kemudian Allah menggegarkan Jambi pada Oktober 1, 2009 jam 08:52
(bukti waktu di http://www.thejakartapost.com/news/2009/10/01/strong-earthquake-shakes-jambi.html)

Mari kita tengok pula Ayat al-Quran berdasarkan waktu-waktu tersebut.

17:16-17:17
Surah ke 17: Surah al-Israa’ ayat ke 16-17:
"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (16) Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya. (17)"

17:58
Surah ke 17: Surah al-Israa’ ayat ke 58:
"Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz). (58)"

08:52
Surah ke 8: Surah al-Anfal ayat ke 52:
"(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. (52)"

Melihat ayat-ayat sebelum dan selepasnya juga:
"Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): Rasalah kamu azab seksa Neraka yang membakar. (50) (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (51) (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. (52) (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (53)"

Profile Jambi

Affinity Bloc: Malay Peoples
People Cluster: Melayu of Sumatra
People Name General: Jambi
Primary Language: Malay, Jambi (984,000 Speakers)
Primary Religion: Islam
Religion Sub-division: Sunni
Jambi tidak jauh bezanya dengan kita di Malaysia iaitu mereka juga bangsa Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Jambi merupakan kawasan sasaran Joshua Project (www.joshuaproject.net), satu projek dakwah Kristianiti yang berselindung di bawah objektif penyelidikan kerana mereka mengenalpasti bahawa penduduk Jambi, meskipun menganut agama Islam dengan juga membaca al-Quran dan hadith, tetapi mereka juga kuat percaya kepada ritual bomoh, dukun dan spiritual.

Moral:
Allah mengasihani hambanya di tempat-tempat berlaku bencana ini; menyelamatkan mereka yang beriman daripada maksiat dan murtad.
Allah memberi balasan di dunia bagi mereka yang melakukan kesalahan.
Allah memberi pengajaran kepada kita di Malaysia dengan menunjukkan kuasanya pada rakan kita (sebangsa, seagama, sebahasa; Melayu, Islam) agar kita di Malaysia jauhi serta hentikan maksiat, malah kita mesti tingkatkan amalan, iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Allah hanya menggegarkan kita sedikit supaya kita diberi masa untuk kembali ke jalan Allah, agar kita sedar dan insaf sebelum terlambat.

Wahai orang-orang Kristian,
Ketahuilah bahawa Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar dan nyata sekali kebenarannya. Allah menjadikan agama Nabi Muhammad iaitu agama Islam itu sempurna dan kekal. Tiada lagi kebenaran jika agama dan wahyu itu diubah suai isi kandungannya. Allah itu Tuhan yang wujud dan benar. Janganlah kamu tergolong dalam kalangan mereka yang rugi iaitu kafir dengan agama Allah, walhal, kamu juga percaya pada Nabi yang sama dengan Nabi yang kami percayai dan beriman. Kamu tidak jauh daripada kebenaran. Pulanglah ke jalan yang benar. Percayalah Allah itu satu-satunya Tuhan yang ada dan Dialah Tuhan yang disembah, serta Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Semoga Allah membuka hatimu dan membawa pulang kamu ke jalan yang diredhai-Nya. Amiin.

Wallahu A`lam.